Monday, March 30, 2009

muzik. latihan Angsana

Penyanyi penyanyi ssjb tingkatan 2... Syafini dan Syazliana....
Ammal and the gang tengah tuning......kat tepi tu ayahanda Spark

budak2 sedang buat latihan ghazal






Pelajar muzik pun sibuk buat latihan muzik. sempat ayahanda ambil gambar mereka untuk tatapan semua.Rajin2 lah praktis.....

Guru Akademik ssjb ke Serawak

Ayahanda pun tidak ketinggalan singgah ke Sarikin beli tikar sega.....penat jalan tu..
Guru2 baru sampai di terminal Lapangan Terbang Kuching Serawak




Asyik jurulatih je buat lawatan....ha....tiba giliran guru Akademik ke Serawak mesyuarat pulak. Bukan main sakan lagi guru akademik ni . Nama lawatan tersebut ialah Mesyuarat Pembinaan peperiksaan setara PMR Berpusat... tengok gambar ni.......




Pameran angsana

Adian tengah melakar.manakala Anis dengan boys tengah spray.....buat batik spray





Sempena pameran yang akan diadakan di Plaza Angsana nanti, pelajar sibuk menyediakan beberapa aktiviti pameran lukisan, persembahan tarian ,muzik dan persembahan sketsa teater. Sempat ayahande snap gambar budak2 ni untuk tatapan parent dan student ssjb sendiri jikalau kelapangan.




Sunday, March 22, 2009

Watikah Perlantikan













Semua pelajar Ssejb naik sekolah hari ni...pagi2 perhimpunan ada majlis Watikah Perlantikan Pengawas sesi 08/09. Nampak segak budk2 ni dengan baju uniform pengawas baru...comel2 dan hensem2 belaka .Ni ada gambar sikit....



Penolong ketua Pengawas yang dilantik Ammalina( anak Siti Hajar AF)


Manakala Ketua Pengawas pula ialah Daniel Iqram bin Salbani. Tahniah diucapkan.


Semoga Pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jangan takut takut.
Perwatikahan disempurnakan oleh Inspektor Alex dan Pengatua



































Saturday, March 14, 2009

Pelawat cilik dari Seremban







Hari jumaat tempohari, datang pelawat dari sekolah rendah Seremban. Sekolah Kluster itu hendak melihat sendiri Ssjb kerana mereka memang merupakan sekolah yang handal senitari.
Mereka dihimpunkan di dewan kecil kami dan di perlihatkan beberapa siri persembahan rutin kami....mereka sungguh terhibur....terkejut budak2 kecik tu tengok persembahan abang2 dan kakak2. Dengar cerita tujuan lawatan supaya menjadi inspirasi pelajar mereka yang minat lepas upsr nanti......insyaallah

Pelajar visual pula membuat beberapa siri demonstrasi melukis menganyam dan lain2.....Ok itu saja dari ayahanda buat kali ini.., jumpa lagi.

Majlis Maulidurrasul








Hari ini ayahanda nak tunjukkan sikit gambar warga ssjb menyambut Majlis Maulidur Rasul yang telah berlangsung hari khamis lepas jam 5.30 ptg. Kepada parents yang berminat nak lihat ....silakan..mungkin anak ada dalam gambar yang saya masukkan ni...

Monday, March 9, 2009

Waktu makan motivasi

Setelah penat mendengar ceramah dan motivasi, pelajar menjamu selera dan kudapan di tepi sudut hotel


2 MASRI BELAJAR PHOTOSHOP

Kelihatan Zharif, Zharif Khan,Fawwaz,Thaqif, Zul,Ijoi dan Nadzmi sedang khusuk membuat photoshop masing2.
Masing2 mesti menghasilkan 1 kerja photoshop dan 1 kerja poster baby toys menggunakan photoshop dalam kelas Ayahanda Zain.

Gambar guru pulak diceramahkan

Dalam kursus ni Pengetua dgn Pk 1 kena buat photoshop...handal tu...
Ini dia penceramah jemputan dari Afrika Utara ,..Sheikh Ayahanda Khairul Anuar Al Rahimey ..kursus Photoshop versi 1.2..versi Vista Afrika

En Ali sedang memberi ceramah tambahan kepada Ayahanda Halim tentang kesejahteraan rumahtangga dalam berphotoshop.


Cik Nazia ni tersalah kursus ni.....kursus perkahwinan patutnya.



Gambar aktiviti ceramah Tiara Resort

si Azim ni nampak concentrate..tapi tak faham
Ini Sarah Dayana ,..selalu mata dia besar , hari ni kecik sikit sebab ceramah

Pompuan dorang ni posing pulak semasa ceramah


Dia ni dapat T shirt nike thailand yang origanal



Group ni dapat tshirt sebab menjawap soalan senang je... soalan dia berbunyi begini... siapakah dia perdana menteri zimbabwe...diorang jawab terus dapat hadiah tshirt.......bengang je student lain




minah depan ni sedang khusuk ...... tidur





TIARA BEACH RESORT,P DICKSON


Hari ini, selama dua hari setengah semua guru dan pelajar ssjb menghadiri kursus motivasi dan Kursus Dalam Perkhidmatan di Tiara Beach Resort, semua pelajar eksited tak terhingga, diorang tak tau kena motivasi dan dengar ceramah sampai ternganga...termasuk cikgu dan jurulatih.... ini ada gambar sikit akan aktiviti kami disana.

Thursday, March 5, 2009

budak visual tengah buat karya

ini si nabil tengah buat karya instalation art dia


ini syed tengah mencangkung buat karya art installation dia






si syazwan pula tengah syok spray karya kolaj dia. Budak2 ni diberi pendedahan yang sangat awal dari orng yang sebaya dengan diorang. Ingatkan tak boleh buat, rupanya boleh...hendak seribu daya...kalau lentur rebung dari awal....




Wednesday, March 4, 2009

TAKLIMAT KEMP MOTIVASI P DICKSON


Punya la khusyuk mendengar sampai tetidur.. budak2 ni memang kuat tidur...suruh berdiri pun bole tidur...kronik ,kronik.....(sape tu)

Cikgu Ali tengah beri taklimat...dengar,.. (jgn sampai kena lempang kg tebu)


Mr Tee kita pun bagi taklimat supaya pelajar tak hilang masa kemp nanti..... (kalau hilang balek naik bas loceng)


Hari ini seawal 7.30 pagi murid diberi taklimat untuk pergi ke kemp motivasi di Tiara Resort ,Port Dickson pada hari jumaat ini jam 3.00 ptg bertolak dari asrama.Nama je kemp, tapi tidur hotel bertaraf 4-5 bintang tu..Kira bertuah budak ssjb ni sebab semua program fully support dari BSSK putrajaya tu..Kalau aku kat sekolah lain .. mana nak dapat budget macam tu.




Untuk pengetahuan ibubapa, anak2 anda akan takde di asrama ssjb pada hari 6,7,8hb march ni dan semua guru dan jurulatih akan pergi sama . Kitorang pergi 6bas ke Port Dickson......jangan tak tau.Kalau nak jumpa kat sana tu....er program budak2 seni tu ketat sikit...sorry ye parent.

budak2 visual ni kalau dilatih menggunakan teknik yang betul akan membolehkan mereka melukis dengan karya yang baik
nak lukis muka p ramlee ni....

da siap kee...


satu hari tu saya perhatikan nabil melukis, boleh tahan jugak budak ni lukis