Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti Bulan Ogos

Pameran Hasil Karya Seni Visual sempena Bulan Kecergasan Kementeriaan Pelajaran Malaysia (Bigwalk)di PutraJaya

Khalilullah dikelilingi oleh pelajar semasa membuat demonstrasi lukisan di Pameran sempena Bigwalk KPM

Pameran hasil Seni Visual sempena teater Si Bongkok Tanjung Putri di Plaza Kotaraya Johor Bahru sempena Art Festival Johor


Pelajar bersama hasil karya mereka yang memasuki pertandingan lukisan cat air Floria di Putrajaya



Hasil karya Mohd. Amzar Mohamed yang menang pertandingan melukis Monumen Warisan Sejarah Johor Peringkat Negeri Johor


Assalammualikum,
Bulan Ogos 2009 merupakan bulan yang agak sibuk bagi pelajar-pelajar opeyen Seni Visual di SSeJB kerana terdapat 2 pameran yang kena sertai dan 2 pertandingan. Kebanyakan peluang di beri pada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja kerana pelajar tingkatan 3 memberi lebih tumpuan pada persediaan akademik.
Pada awal bulan Ogos, sebagai sekolah di bawah pertadbiran Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum , SSeJB di minta mengadakan pameran sempena majlis penutup bulan kecergasan Kementeriaan Pelajaran Malaysia (Bigwalk) anjuran BSSK sendiri. Seperti biasa, pameran SSeJB pasti akan jadi tumpuan kerana selain pameran, demonstrasi juga di buat tapi agak malang, saya tidak dapat menayang LCD kerana punca tenaga elektrik tidak di sambungkan jadi persembahan dari Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater tidak dapat di tayangkan. Saya hanya dapat tayangkan sedikit sahaja melalui laptop semasa lawatan VIP kerana bateri di laptop pun tidak cukup. Pameran dan demonstrasi hanya dilaksanakan dari pukul 8.00 pagi hingga tengahari sahaja.
Dalam masa yang sama, semua pelajar tingkatan 1 dan 2 opsyen Seni Visual membuat pameran bertemakan Si Bongkok Tanjung Puteri di Plaza Kotaraya, Johor Bahru seiring dengan persembahan teater Si Bongkok Tanjung Puteri sempena Art Festival Johor. Ini tahun kedua pihak sekolah terlibat secara langsung dalam Art Festival tersebut tapi kedua-dua kali saya tidak dapat melihat dan menyertai kerana terlibat dengan komitmen Seni Visual yang lain. Pameran di laksana selama 2 hari.
Pada 4 Ogos 2009, 7 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 opsyen Senim Visual telah menyertai pertandingan lukisan Cat Air Floria Putrajaya 2009 anjuran Perbadanan Putrajaya peringkatan kebangsaan. 6 daripada mereka telah berjaya memenangi hadiah. Mohd. Khalilullah Roslan - Naib Johan, Ahmad Amirul Mohd. Noor dan Iddin Hafiz Ahzali - Hadiah Cemerlang manakala Khairul Mohd. Hafiz Zahri, Djohan Budimulia Mohd. Nawiah dan Mohd. Thaqif Safwan Mohd.Faidzal - Saguhati. Tahniah pada mereka.
Pada 17 Ogos 2009, seperti yang sudah dimaklumkan Mohd. Amzar Mohamed telah menjadi johan pertandingan melukis monumen warisan sejarah Johor peringkat negeri Johor di Galeri Seni Johor anjuran Yayasan Warisan Johor dan Mazlan Abdullah pula hanya mendapat saguhati sahaja.
Pada bulan September pula, oleh kerana bulan puasa, aktiviti lebih berfokus pada aktiviti keagamaan yang di anjurkan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun pelajar tingkatan 2 sedang sibuk menyiapkan hasil karya mereka untuk produksi seni visual pada bulan Oktober di Galeri Seni Johor.
Sekian, assalammulaikum .....