Monday, August 31, 2009

Pameran Pesona Batik - Produksi PMR

Buka hadapan Katalog Pameran Pesona Batik
oleh: Muhamad Amzar Mohamed dan di bantu
Adian Rosley serta Mohd. Syazwan Buang

Salah satu sudut Pameran Pesona Batik
Beberapa karya di gabungkan dan dipersembahkan dalam
cara gantung. Ianya masih tidak lari dari tajuk soalan yang
meminta membuat batik hiasan dinding.

Assalammualikum,

Selamat berpuasa pada semua yang membuka blog ini,

Sudah beberapa hari saya tidak memasukkan maklumat berkaitan dengan aktivti Seni Visual. Kali ini melibatkan Pameran Pesona Batik sempena Produksi PMR. Seperti yang telah maklum produksi PMR SSeJB bertajuk MASA pasti berubah di laksanakan pada 18 Julai 2009, dalam masa yang sama produksi pameran Seni Visual dilaksanakan dan digabungkan menjadi satu produksi PMR.

Memang terdapat beberapa pandangan tentang ruang pameran berada di tempat yang agak belakang. Sebenarnya kami tiada pilihan, hanya itu sahaja ruang yang sesuai di Dewan Ibnu Khaldun SMK Mohd. Khalid, JB. Sebenarnya, pintu-pintu di Dewan Ibnu Khaldun perlu di gelapkan untuk persembahan kerana banyak menggunakan kesan cahaya tambahan, ini menyebabkan ruang pameran terpisah dengan ruang dewan yang digunakan dalam persembahan. Walau pun begitu kehadiran yang melihat pameran tersebut agak ramai sama ada pada masa pra-tonton dan persembahan sebenar pada waktu malam.

Tahniah, pada pelajar tingkatan 3 yang menguruskan bahagian pameran mengikut kriteria band 4. Menggunakan kesan lampu tambahaan dan katalog berwarna yang mempunyai CD, kesan audio visual (tayangan Multimedia) di samping membuat anggaran bajet serta promosi yang bersifat teknologi adalah kriteria yang perlu dipenuhi untuk mencapai band 4 secara keseluruhan.

Saya akan sambung lagi nanti ....... assalammualaikum

Sunday, August 23, 2009

Hasil karya Amzar dan Mazlan

Amzar dengan hasil karya yang dia menangi baru-baru ini.


Mazlan dengan hasil karya yang di menangi saguhati di dalam pertandingan yang sama

Aktiviti bulan Mei dan Jun

Bengkel batik berkaitan dengan sigmen 4 dalam Produksi MASA


Antara hasil karya pelajar SSeJB dalam pertandingan poster remaja negeri Johor di Muzium Kota Tinggi

Bengkel Kem Seni Di Sini di Hutan Bandar, Johor Bahru




Pembentangan kajian Seni Visual untuk pentkasiran dan penilaian PMR 2009

Assalammualaikum,
Sebelum itu, saya hendak memaklumkan yang kemenangan Amzar di pertandingan melukis Monumen Warisan Sejarah Johor peringkat negeri Johor memang saya nantikan selepas beberapa kali dia kecewa dalam pertandingan yang di sertai. Dia antara pelajar terbaik di bawah bimbingan saya, kemahiran dia begitu menyerlah dalam lukisan dan potret. Tapi bagi saya pertandingan bukan segalanya untuk menentukan tahap kita, walau bagaimanapun bagi seorang pelajar ianya penting dalam meningkatkan motivasi pelajar.
Seperti yang ingin saya maklumkan aktivti bulan Mei dan Jun yang lepas agak padat juga. Akhir bulan Mei ke bulan Jun, pembentangan kajian batik oleh semua pelajar tingkatan 3 telah dilaksanakan. Perkara ini adalah baru dalam sistem pendidikan Seni Visual, saya sebagai jurulatih Seni Visual tingkatan 3, rasa takut juga. Semua pelajar saya nampaknya boleh bercakap dan menyebut Bahasa Seni Visual dalam kajian dan idea mereka. Seperti yang selalu saya sebut pada pegawai LPM, pelajar saya boleh bercakap dan menggunakan bahasa seni visual cuma betul dan salah sahaja, kita kena pastikan di samping kelancaran mereka menyebutnya.
Dalam masa dan tarikh yang sama, bengkel Kem Seni Di Sini anjuran Balai Seni Lukis Negara di laksanakan dan pelajar opsyen Seni Visual tingkatan terpaksa tertinggal satu 'slot' kerana terlibat dengan pembentangan ke semua 4 bidang.
Bulan Jun, 10 orang pelajar opsyen Seni Visual tingkatan 3 dan 2 telah menyertai pertandingan poster remaja sempena sambutan hari muzium peringkat negeri Johor bertemakan 'muzium dan pelancongan' di Muzium Kota Tinggi. 9 daripada mereka telah memenangi hadiah termasuk seorang mendapat tempat kedua (Anis Raihan). Pada hari yang sama bengkel batik untuk menyediakan kostum sigmen 4 dalam produksi PMR bertajuk 'MASA
pasti berubah' di laksanakan. Pelajar tingkat 3 yang melaksanakan bengkel ini di mana mereka menyiapkan baju kurung dan baju Melayu lengkap, t-shirt dan tali leher untuk pertunjukkan fesyen show. Akhirnya, sigmen 4 dalam produksi PMR antara yang mendapat perhatian penonton.
Setakat ini dulu, nanti saya sambung.

Saturday, August 22, 2009

Mohd. Amzar juara lukis monumen warisan sejarah Johor

JOHOR BAHRU 20 Ogos - Penyertaan saat-saat akhir membawa tuah kepada pelajar tingkatan tiga, Mohd. Amzar Mohamed, 15, yang muncul juara kategori menengah rendah pada Pertandingan Melukis Monumen Warisan Sejarah Johor di sini baru-baru ini.

Mohd. Amzar dari Subang Jaya, Selangor berkata, dia tidak menyangka lukisan yang disiapkan dalam tempoh hanya dua hari sebelum tarikh tutup pada Julai lalu itu berjaya menewaskan 70 peserta lain.

"Disebabkan sibuk urusan lain termasuk mengulang kaji bagi persiapan Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya terpaksa siapkan lukisan ini saat-saat akhir," katanya.

Pelajar Sekolah Seni Johor Bahru itu ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah pertandingan berkenaan di Galeri Seni Johor di sini hari ini.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Turut hadir Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Jama Johan.

Mohd. Amzar berkata, dia menyiapkan lukisan ekspresi monumen bangunan pentadbiran Johor itu pada waktu petang dan malam kerana ia paling sesuai untuk berkarya.

Lukisan menggunakan cat air itu seterusnya membolehkan anak keenam daripada lapan beradik itu membawa pulang wang tunai RM700.

"Saya terharu kerana tak sangka akan menang. Lepas habis PMR ini, saya bercadang masuk lebih banyak pertandingan," kata pelukis kidal itu yang meminati lukisan potret.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Tun Aminah, Tai Wan Ying, 17, muncul juara kategori menengah atas untuk membawa pulang wang tunai RM1,000.

Wan Ying dari Kampung Melayu Majidee berkata, ia adalah kejayaan keduanya selepas menjadi juara kategori dan pertandingan yang sama tahun lalu.

"Tahun lalu saya hasilkan lukisan air terjun, tetapi kali ini lebih formal dan mencabar kerana melukis Bangunan Sultan Ibrahim," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Dia mengambil masa dua minggu menyiapkan lukisan tersebut menggunakan cat air di rumahnya.

"Saya sangat gembira kerana tidak menyangka menang sekali lagi walaupun lebih gemar melukis alam sekitar seperti air terjun," katanya yang mula belajar melukis sejak berusia lapan tahun.


Dipetik dari Utusan Melayu Wilayah Selatan (21 Ogos 2009)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm

Friday, August 21, 2009

Gambar aktiviti bulan march dan april

Pameran di Plaza Angsana, Johor Bahru





Aktiviti membuat mural 'Selamat Di Jalan'



Karya Mazlann Abdullah yang berjaya mendapat hadiah penghargaan di petandingan MRCB 2008. Keputusan tahun 2009

  • sorry gambar pertandingan poster digital mazlan, tak jumpa dekat folder mana tapi saya dah masukkan dalam folder pentaksiran.

Saya akan sambung lagi nanti



Aktiviti Bulan Mac dan April

As'kum semua,
Dah lama saya ingin menulis dalam blog ini tapi kesibukan menyediakan bahan ABM dan tuntutan lain yang dah datang secara mendadak menyebabkan saya selalu tertangguh untuk memaklumkan aktiviti Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru. Aktiviti Seni Visual di SSeJB tidak seperti seni persembahan yang lain. Aktiviti mereka kebanyakkannya dipanggil oleh organisasi tertentu untuk membuat persembahan tapi aktiviti Seni Visual terpaksa di wujudkan oleh jurulatih yang bertanggungjawab untuk memastikan pelajar opsyen Seni Visual mendapat peluang yang seimbang dengan pelajar opsyen seni persembahan. Tahun ini, banyak peluang pertandingan dapat di sertai tapi kesian pelajar-pelajar tingkatan 3, mereka tidak boleh menyertai sangat petandingan-pertandingan yang sertai kerana sibuk dengan penilaian dan pentaksiran kesenian PMR dan persediaan peperiksaan PMR.
Kejayaan tahun ini dimulai oleh Mazlan Abdullah yang berjaya mendapat perhargaan pertandingan MRCB peringkat kebangsaan pada bulan Februari. March, SSeJB berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan mural bertema 'Selamat di Jalan' peringkat kebangsaan anjuran PLUS, Nipon Paint dan KPM bersama dengan 49 sekolah yang lain yang kebanyakkan sekolah berasrama penuh dan mempunyai pelajar tingkata 4, 5 dan 6. Saya peluang berjumpa dengan member-member lain semasa di UITM yang kebetulan sebagai wakil sekolah masing-masing untuki mendengar taklimat. Pertandingan itu sudah di adili tapi pihak tidak dimaklumkan apa keputusannya samada dah di umumkan atau tidak. Walaupun sekiranya nasib tidak menyebelahi kami tapi saya tetap berbangga dengan mereka kerana segala idea dari pelajar saya terutama pelajar tingkatan 3 di bawah bimbingan saya dan di bantu pelajar tingkatan 2. Proses menghasilkan hasil karya memang terganggu dengan beberapa perkara, sehingga tahap mengubah idea asal mereka. saya terima sahaja.
April, bulan paling sibuk kerana mengadakan produksi pameran di Plaza Angsana yang pengurusan pameran dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 yang diketuai Mazlan Abdullah sebagai Ketua Kuratorial. Pameran berjaya di laksanakan yang dirasmikan oleh Encik Yamin Mohd. Yusof timbalan pengarah kesenian BSSK dan di sulami dengan persembahan Seni Teater, Seni Muzik dan Seni Tari. Pertandingan poster dalam bentuk digital anjuran Persatuan Sains Komputer dan MPP UITM. Peserta SSeJB berjaya dengan cemerlang dan bersaing dengan pelajar tingkatan 6.
  • Mazlan Abdullah - tempat pertama
  • Nuraina Syuhadah Haris Fadzilah - tempat kedua.

Muhd. Thaqif dan Muhd. Amzar tidak berjaya. Amzar antara pelajar yang paling mahir dalam photoshop selain Mazlan, Syazwan, Nazreen pelajar tingkatan 3.

Saya berhenti dulu, saya ucapkan 'SYABAS' untuk mereka.