Monday, March 30, 2009

muzik. latihan Angsana

Penyanyi penyanyi ssjb tingkatan 2... Syafini dan Syazliana....
Ammal and the gang tengah tuning......kat tepi tu ayahanda Spark

budak2 sedang buat latihan ghazal






Pelajar muzik pun sibuk buat latihan muzik. sempat ayahanda ambil gambar mereka untuk tatapan semua.Rajin2 lah praktis.....

Guru Akademik ssjb ke Serawak

Ayahanda pun tidak ketinggalan singgah ke Sarikin beli tikar sega.....penat jalan tu..
Guru2 baru sampai di terminal Lapangan Terbang Kuching Serawak




Asyik jurulatih je buat lawatan....ha....tiba giliran guru Akademik ke Serawak mesyuarat pulak. Bukan main sakan lagi guru akademik ni . Nama lawatan tersebut ialah Mesyuarat Pembinaan peperiksaan setara PMR Berpusat... tengok gambar ni.......




Pameran angsana

Adian tengah melakar.manakala Anis dengan boys tengah spray.....buat batik spray





Sempena pameran yang akan diadakan di Plaza Angsana nanti, pelajar sibuk menyediakan beberapa aktiviti pameran lukisan, persembahan tarian ,muzik dan persembahan sketsa teater. Sempat ayahande snap gambar budak2 ni untuk tatapan parent dan student ssjb sendiri jikalau kelapangan.




Sunday, March 22, 2009

Watikah Perlantikan













Semua pelajar Ssejb naik sekolah hari ni...pagi2 perhimpunan ada majlis Watikah Perlantikan Pengawas sesi 08/09. Nampak segak budk2 ni dengan baju uniform pengawas baru...comel2 dan hensem2 belaka .Ni ada gambar sikit....



Penolong ketua Pengawas yang dilantik Ammalina( anak Siti Hajar AF)


Manakala Ketua Pengawas pula ialah Daniel Iqram bin Salbani. Tahniah diucapkan.


Semoga Pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jangan takut takut.
Perwatikahan disempurnakan oleh Inspektor Alex dan Pengatua



































Saturday, March 14, 2009

Pelawat cilik dari Seremban







Hari jumaat tempohari, datang pelawat dari sekolah rendah Seremban. Sekolah Kluster itu hendak melihat sendiri Ssjb kerana mereka memang merupakan sekolah yang handal senitari.
Mereka dihimpunkan di dewan kecil kami dan di perlihatkan beberapa siri persembahan rutin kami....mereka sungguh terhibur....terkejut budak2 kecik tu tengok persembahan abang2 dan kakak2. Dengar cerita tujuan lawatan supaya menjadi inspirasi pelajar mereka yang minat lepas upsr nanti......insyaallah

Pelajar visual pula membuat beberapa siri demonstrasi melukis menganyam dan lain2.....Ok itu saja dari ayahanda buat kali ini.., jumpa lagi.

Majlis Maulidurrasul








Hari ini ayahanda nak tunjukkan sikit gambar warga ssjb menyambut Majlis Maulidur Rasul yang telah berlangsung hari khamis lepas jam 5.30 ptg. Kepada parents yang berminat nak lihat ....silakan..mungkin anak ada dalam gambar yang saya masukkan ni...

Monday, March 9, 2009

Waktu makan motivasi

Setelah penat mendengar ceramah dan motivasi, pelajar menjamu selera dan kudapan di tepi sudut hotel